MUHAMMAD ABDUL WAHHAB DIMURKAI AYAHNYA
Zamihan Mat Zin Alghari
Inilah kitab al-Suhub al-Wabilah Ala Dharaih al-Hanabilah karangan Imam Allamah al-Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Humaid al-Hanbali al-Najdi, mantan mufti mazhab Hanbali di Makkah al Mukarramah. Beliau wafat pada tahun 1295H. Ketika menyebut biografi ayah Muhammad Abdul Wahhab, beliau berkata:
Maksudnya: Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman merupakan ayah Muhammad, yaitu seorang pendakwah yang tersebar kejahatannya ke seluruh negri. Akan tetapi antara syeikh Abdul Wahhab dan anaknya (Muhammad) itu berlaku pertentangan pendapat yang ketara, namun Muhammad tidak begitu menzdahirkan seruan pemikirannya kecuali selepas kewafatan ayahnya.
Katanya lagi: Dan aku mendapat perkhabaran dari pada sebahagian tokoh ulama yang sempat sezaman dengan syeikh Abdul Wahhab menjelaskan bahwa dia (Syeikh Abdul Wahhab) begitu murka kepada anaknya Muhammad (al-Wahhabiy) disebabkan anaknya itu tidak ridha untuk menyibukkan diri dengan ilmu feqah sebagaimana generasi ulama terdahulu dan ahli keluarganya
Katanya lagi: Dan dia (Syeikh Abdul Wahhab) berfirasat akan berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anaknya, Muhammad bin Abdul Wahhab. Dia menasehati masyarakat dengan katanya: Berhati-hatilah kamu dengan kejabatan yang ditimbulkan oleh Muhammad. Lalu ditakdirkan apa yang berlaku.
Katanya: Demikian juga abangnya: Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab turut menentang seruan pemikiran adiknya (Muhammad bin Abdul Wahhab) dan membuat penolakan hujjah yang baik secara ilmiah melalui dalil al-Quran dan Hadits. Namun semua itu ditolah oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Dia (Muhammad bin Abdul Wahhab) tidak menerima tentangan ataupun pendapat ayahnya dan abangnya dan tidak ingin menerima pakai pandangan ulama terdahulu dan ulama mutakhir kecuali pandangan Syeikh Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyah.
Katanya lagi: Sesungguhnya dia (Muhammad) melihat pandangan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah merupakan nas dan hujjah yang konkrit) dan sesekali tidak menerima sebarang takwilan atau huraian lain.
Demikian penjelasan dan komentar mantan Mufti Makkah terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab yang merupakan pengasas fahaman Wahhabiy. Syeikh Abdullah Abdul Aziz bin Baz dan beberapa tokoh Wahhabiy lain coba menghurai keterangan ini tetapi mereka gagal menyanggah keterangan ini dengan hujjah yang konkrit.
Maka periwayatan di atas kekal dengan nilai kebenarannya. Memandangkan ia dibawa oleh mantan Mufti Makkah Mazhab Hanbali yang menghampiri zaman Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri. Justru agak tersasar apabila ada mana-mana pihak yang mendakwa fahaman Wahhabiy adalah daripada kalangan mazhab Hanbali. Sebaliknya fahaman Wahhabiy hanyalah dapatan pemikiran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab semata-mata. Dan ia tidak sesekali mencapai taraf mazhab muktabar dalam Islam.